Ahad, 17 Februari 2013

PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN SENI SILAT JURUS RENTAK MAKRIFAT





FASAL 1:   NAMA 

Pertubuhan belia  ini  dikenali  sebagai PERTUBUHAN SENI SILAT JURUS RENTAK MAKRIFAT
atau  ringkasnya PSSJRM di dalam Perlembagaan ini.
 
 FASAL 2:   ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN   
                        
(1)      Alamat Pos Berdaftar 

Alamat pos berdaftar pertubuhan belia ini ialah di :
NO 120,KAWASAN 2,JALAN TOK KARIM,JERAM,45800 SELANGOR DARUL EHSAN
 
(2)      Alamat Urusan Berdaftar  

Alamat urusan berdaftar pertubuhan belia ini ialah di :
NO 120,KAWASAN 2,JALAN TOK KARIM,JERAM,45800 SELANGOR DARUL EHSAN

(3)      Alamat  pos berdaftar  dan  alamat  urusan berdaftar  ini  tidak  boleh  diubah  tanpa kelulusan  Jawatankuasa Kerja    dan  hanya  boleh dikuatkuasakan setelah  mendapat  kebenaran  bertulis  daripada  Pendaftar Pertubuhan Belia.

FASAL 3:   TAFSIRAN 

(1)    “PERTUBUHAN BELIA” ertinya PERTUBUHAN SENI SILAT JURUS RENTAK MAKRIFAT.
(2)    “MESYUARAT AGUNG TAHUNAN” ertinya mesyuarat yang wajib diadakan oleh pertubuhan belia ini  pada tiap-tiap tahun seperti yang disebutkan dalam fasal 12 Perlembagaan ini.
(3)    “JAWATANKUASA KERJA”    ertinya  badan pengelola  bagi pertubuhan belia ini seperti yang     disebutkan dalam fasal 15 Perlembagaan ini.
(4)  “JAWATANKUASA KECIL” ertinya Jawatankuasa yang sah dibentuk atau dilantik di bawah Perlembagaan ini mengikut fasal 17. 
(5)     “PEJABAT”  ertinya  alamat  urusan berdaftar  pertubuhan belia  seperti  yang ditetapkan dalam    fasal 2  Perlembagaan ini.
(6)  “AHLI”  ertinya ahli atau anggota pertubuhan belia seperti yang disebutkan dalam fasal 6 Perlembagaan ini.
(7)   “PENDAFTAR PERTUBUHAN BELIA”   ertinya  Pendaftar Pertubuhan Belia  yang  dilantik   di bawah subseksyen 4(1) Akta  Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.

FASAL 4: TUJUAN 

(1)          Mengadakan aktiviti yang dapat  membina peribadi, meningkatkan kesetianegaraan dan mewujudkan  kesedaran terhadap perlunya menjauhi unsur dan nilai negatif dikalangan ahli-ahli;
(2)          Mengadakan aktiviti untuk ahli-ahli dalam bidang kebudayaan,sukan, kerohanian dan lain-lain;
(3)          Menggalakkan penyertaan ahli-ahli dalam program pembangunan komuniti setempat; 3
(4)          Memberi peluang kepada ahli-ahli terlibat dalam program latihan kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan;
(5)          Menjalankan aktiviti-aktiviti lain yang dapat memperkukuh sumber kewangan pertubuhan;
(6)          Bekerjasama dengan agensi  kerajaan berkaitan dalam pelaksanaan program pembangunan belia.
 
FASAL 5:   LOGO/LAMBANG/BENDERA 




     
(1)    Logo/lambang pertubuhan  belia ini ialah PERTUBUHAN SENI SILAT JURUS RENTAK MAKRIFAT
MEMPUNYAI 5 WARNA.SATU WARNA MEWAKILI MATLAMAT.MERAH MEWAKILI KEKUATAN PERPADUAN.KUNING MEWAKILI KESETIAAN KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU.HIJAU MEWAKILI KEAGONGGAN MARTABAT AGAMA ISLAM.PUTIH MEWAKILI KESUCIAN KEPERIBADIAN.HITAM MEWAKILI KETETAPAN HATI.

(2)    Bendera pertubuhan belia ini ialah PERTUBUHAN SENI SILAT JURUS RENTAK MAKRIFAT
MEMPUNYAI 5 WARNA.SATU WARNA MEWAKILI MATLAMAT.MERAH MEWAKILI KEKUATAN PERPADUAN.KUNING MEWAKILI KESETIAAN KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU.HIJAU MEWAKILI KEAGONGGAN MARTABAT AGAMA ISLAM.PUTIH MEWAKILI KESUCIAN KEPERIBADIAN.HITAM MEWAKILI KETETAPAN HATI.Berukuran 3 kaki lebar 5 kaki panjang.

FASAL 6: PERMOHONAN MENJADI AHLI 

(1)    Syarat-syarat untuk menjadi ahli pertubuhan belia ini adalah seperti berikut :

(a)          Warganegara Malaysia;
(b)          Berumur tidak kurang daripada 15 tahun dan tidak melebihi 40 tahun;
(c)          Tidak menjadi ahli atau memegang jawatan dalam sebarang pertubuhan belia lain;
(d)          Sanggup mematuhi peraturan atau perlembagaan pertubuhan belia ini pada setiap masa; 4

(2)    Permohonan untuk menjadi ahli pertubuhan belia ini hendaklah dibuat dengan mengisi borang ahli dan hendaklah dihantar kepada Setiausaha untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Kerja Pertubuhan Belia untuk kelulusan.
(3)    Jawatankuasa Kerja Pertubuhan Belia boleh menolak mana-mana permohonan untuk menjadi ahli tanpa perlu memberi sebarang sebab dan keputusannya adalah muktamad.
(4)    Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan hendaklah membayar bayaran masuk dan yuran tahunan yang pertama.
  (5)  Seseorang pelajar Universiti  atau Kolej Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli pertubuhan belia ini kecuali mendapat kebenaran terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti atau Kolej Universiti berkenaan.

FASAL 7: BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN

(1)    Bayaran masuk dan yuran yang  perlu dijelaskan oleh ahli adalah seperti berikut: 
     
Bayaran masuk   RM 30.00        
Yuran Tahunan   RM 20.00 

  (2) Yuran  tahunan  hendaklah  dibayar  tidak  lewat  dari  1hb Februari  tiap-tiap tahun kepada Bendahari.  Sekiranya yuran itu tidak dibayar, ahli yang berkenaan tidak boleh menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan dan tidak boleh mengundi dan diundi.

(3) Sekiranya  yuran  tahunan  tidak  dijelaskan  dalam  tempoh  satu  tahun  tanpa  alasan  yang munasabah,  Jawatankuasa Kerja  berhak memberhentikan keahlian ahli yang berkenaan.   
 
(4) Bayaran-bayaran lain untuk perkara yang tertentu boleh dikenakan ke atas ahli-ahli dengan persetujuan Jawatankuasa. 
 
(5)    Sekiranya ahli yang telah dibatalkan keahliannya ingin menjadi ahli  semula, beliau dikehendaki untuk mengemukakan permohonan baru dengan  menyertakan  bayaran   pendaftaran,  yuran  tahunan dan  penalti  sebanyak  RM 50.00  Permohonan  ini  tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Kerja.


FASAL 8: TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI 

(1)          Setiap  ahli  bertanggungjawab mematuhi peraturan dan perlembagaan pertubuhan belia ini pada setiap masa; 
(2)          Setiap ahli bertanggungjawab untuk memelihara nama baik pertubuhan belia ini pada setiap masa; 
(3)          Setiap ahli bertanggungjawab membayar yuran yang dikenakan tepat pada waktunya; 
(4)          Setiap ahli  berhak menerima satu salinan Perlembagaan pertubuhan belia ini;
(5)          Setiap ahli yang layak, berhak untuk hadir, bercakap, mengundi dan diundi untuk sebarang jawatan dalam mesyuarat yang berkenaan; 

FASAL 9: PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN  AHLI 
 
(1)          Mana-mana  ahli   yang  membuat  permohonan  bertulis untuk berhenti  menjadi  ahli  dan  permohonannya  itu  diluluskan  oleh Jawatankuasa  Kerja  adalah  dianggap  sebagai  telah  berhenti menjadi ahli. 
(2)          Setiap ahli yang didapati menjalankan sesuatu kegiatan yang bertentangan  dengan   Perlembagaan  pertubuhan  belia  boleh  dipecat  atau digantung  keahliannya  bagi  sesuatu  tempoh  masa sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Kecil
Disiplin atau sebarang jawatankuasa kecil lain yang sah dibentuk di bawah perlembagaan ini.  Sebelum tindakan  sedemikian  diambil,  ahli  itu  hendaklah  diberikan  surat tunjuk  sebab.  Ahli  berkenaan  hendaklah  diberi  peluang  untuk membela  diri.    Pemecatan  atau 
penggantungan  itu  hendaklah berkuatkuasa  dari  tarikh  yang  ditetapkan  oleh  jawatankuasa kecil berkenaan.  Ahli  yang  terbabit  boleh  mengemukakan  rayuan kepada Jawatankuasa Kerja dalam tempoh empat belas (14) hari  dari  tarikh  keputusan pemberhentian tersebut.  Jawatankuasa Kerja  mempunyai  kuasa  samada  untuk  menerima,  menolak  atau membuat  apa-apa  keputusan  yang  lain  berhubung  dengan  rayuan tersebut dan keputusan Jawatankuasa Kerja tersebut adalah muktamad.  

FASAL 10:   MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 
 
(1)          Mesyuarat  Agung Tahunan  adalah  badan  yang  tertinggi  dan menyeluruh  bagi  pertubuhan belia  ini  berdasarkan  kepada  tujuan  dan matlamatnya. 
 
(2)          Mesyuarat  Agung  Tahunan  hendaklah  diadakan  tidak  lewat dari tarikh 31 Mac tiap-tiap tahun pada tarikh dan tempat yang akan  ditetapkan  oleh  Jawatankuasa  Kerja.  Sekurang-kurangnya empat belas (14) hari notis, hendaklah diberikan  secara  bertulis  oleh  Setiausaha  kepada  semua   ahli. Notis  itu  hendaklah  disertakan  dengan  agenda  mesyuarat bersama-sama  dengan  semua  salinan  dokumen   yang dinyatakan dalam agenda tersebut.
 
(3)          Korum  Mesyuarat  Agung  Tahunan  hendaklah  dihadiri  oleh tidak  kurang  satu  pertiga  (1/3)  daripada  bilangan  keahlian yang  layak  mengundi.  Sekiranya  korum  tidak  mencukupi selepas  satu  (1)  jam  dari  masa  yang  ditetapkan,  maka mesyuarat  itu 
hendaklah  ditunda  kepada  tarikh  baru  dalam tempoh tiga puluh (30) hari. Sekiranya korum masih lagi tidak mencukupi  pada  tarikh  baru  mesyuarat  itu,  maka   ahli-ahli yang  hadir  bolehlah  meneruskan  mesyuarat  seperti  yang telah ditetapkan kecuali meminda perlembagaan pertubuhan belia.  
 
(4)          Setiausaha  hendaklah  menghantar  kepada semua  ahli    dan Pendaftar Pertubuhan Belia  salinan  Penyata  Tahunan  tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dalam tempoh tiga puluh (30) hari setelah selesainya mesyuarat tersebut. 




FASAL 11: AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 
 
(1)          Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah mengandungi antara lain  agenda-agenda berikut :-  
 
(a)          menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lepas;  8
(b)          menerima  dan  meluluskan  Laporan  Jawatankuasa Kerja/Jawatankuasa Kecil berkenaan aktiviti pertubuhan belia dalam sepanjang tahun yang lalu; 
(c)          menerima  dan  meluluskan  Laporan  Bendahari  dan  Penyata Kewangan yang telah diaudit bagi  tahun yang lalu; 
(d)          menguruskan  hal-hal  lain  yang  dibentangkan  di  dalamMesyuarat Agung Tahunan ;  
(e)          memilih  Jawatankuasa  Kerja  yang  baru  mengikut  fasal  15.1 Perlembagaan  ini  dan  melantik  dua  (2)  orang  juruaudit mengikut  fasal  21.1  Perlembagaan  ini  setiap  dua  (2)  tahun sekali. 

FASAL 12:   MESYUARAT AGUNG KHAS
 
(1)               Mesyuarat  Agung Khas bagi pertubuhan belia ini boleh diadakan:
 
(a)          bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Kerja;  atau 
(b)          atas  permintaan  secara  bertulis  oleh  tidak  kurang daripada separuh  (1/2)  daripada  jumlah  ahli  yang  berhak  mengundi dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebabsebabnya. 
(c)          Mesyuarat  Agung  Khas  yang  diminta  oleh  ahli-ahli  hendaklah diadakan  pada  satu  tarikh  dalam  tempoh  satu 

(1)    bulan  dari  tarikh penerimaan permintaan mesyuarat tersebut.  9

(d)          Korum Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat  Agung Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah  jam  dari  waktu  yang  telah  ditetapkan  bagi  mesyuarat  itu, maka mesyuarat  itu hendaklah dibatalkan, dan sekurang-kurangnya enam  (6)  bulan  daripada  tarikh  ini  Mesyuarat  Agung  Khas  atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidak  boleh diadakan. 

FASAL 13: JAWATANKUASA KERJA  

(1)  Jawatankuasa Kerja  hendaklah terdiri daripada: 
(a) seorang Pengerusi; 
(b) seorang Timbalan Pengerusi; 
(c) 2 orang Naib Pengerusi;
(d) seorang Setiausaha;
(e) seorang Penolong Setiausaha;
(f) seorang Bendahari; dan
(g) 7 orang Ahli Jawatankuasa
 
(2)           Setiausaha,  Penolong  Setiausaha  dan  Bendahari  adalah  dilantik oleh  Pengerusi  dengan  persetujuan  Jawatankuasa  Kerja  dalam mesyuarat  pertama  Jawatankuasa Kerja tersebut
selepas Mesyuarat  Agung Tahunan.  

(3)          Semua ”pemegang jawatan” sepertimana yang ditafsirkan dalam Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia  2007 adalah tertakluk kepada Seksyen 13 Akta tersebut berkaitan kehilangan kelayakan.   
 
FASAL 14:   TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA KERJA
 
(1)               Melantik Pengerusi Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil. 
(2)               Menguatkuasakan  dasar-dasar   dan  keputusan    Mesyuarat  Agung Tahunan atau Khas.
(3)               Mengurus dan mentadbir pertubuhan belia ini dan menjalankan program atau aktiviti dari semasa ke semasa. 
(4)               Mengkaji  dan  meluluskan  perbelanjaan  pentadbiran  dan  perbelanjaan program atau aktiviti yang diluluskan. 
(5)               Meluluskan  peraturan-peraturan  baru  atau  cadangan pindaan perlembagaan  untuk  di bahas dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Khas. 
(6)                Menimbang rayuan terhadap keputusan Jawatankuasa Kecil Disiplin bagi ahli-ahli pertubuhan belia. 
(7)               Membuat  pelantikan  dan  pemberhentian  kakitangan  pengurusan  yang bergaji jika ada. 
(8)                Menimbang permohonan mana-mana orang untuk menjadi ahli pertubuhan belia. 
 
FASAL 15:  TUGAS AHLI JAWATANKUASA KERJA 
 
(1)    Pengerusi 

(a) Mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Kerja.
(b) Menjadi ketua dan bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan pengurusan pertubuhan belia.
(c) Melantik Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari pertubuhan belia dengan persetujuan Jawatankuasa Kerja.
(d) Menandatangani cek pertubuhan belia bersama-sama Bendahari pertubuhan belia.

(2)    Timbalan Pengerusi

(a) Menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaan Pengerusi.
(b) Membantu Pengerusi melaksanakan tanggungjawab mentadbir dan mengurus pertubuhan belia.

(3)    Naib-Naib Pengerusi

(a) Menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.
(b) Membantu Pengerusi dan Timbalan Pengerusi melaksanakan tanggungjawab mentadbir dan mengurus pertubuhan belia.

(4)    Setiausaha

(a) Bertanggungjawab kepada Pengerusi.
(b) Melaporkan kepada Pengerusi segala tindakan berkaitan pentadbiran dan pengurusan pejabat pertubuhan belia.
(c) Mengendalikan urusan surat menyurat, penyimpanan rekod, fail dan dokumen pertubuhan belia.
(d) Mengemaskini daftar ahli pertubuhan belia.
(e) Menghadiri semua mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan membuat catatan minit mesyuarat.
(f) Menguruskan persediaan, pelaksanaan dan pelaporan Mesyuarat Agung Tahunan pertubuhan belia.
(g) Mengemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan Belia dalam masa 60 hari selepas Mesyuarat Agung Tahunan atau sekiranya tiada Mesyuarat Agung Tahunan, 60 hari selepas berakhirnya setiap tahun kalender, penyata tahunan pertubuhan belia sepertimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 22, Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.




(5)    Bendahari

(a) Menguruskan hal berkaitan kewangan pertubuhan belia.
(b) Menyedia dan membentangkan Penyata Kewangan pertubuhan belia bagi tujuan Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja.
(c) Menandatangani cek pertubuhan belia bersama-sama Pengerusi.
(d) Mengemaskini semua rekod kewangan pertubuhan belia.
(e) Mengutip semua jenis yuran atau bayaran yang dikenakan daripada ahli pertubuhan belia.

(6)    Penolong Setiausaha

(a) Membantu Setiausaha dalam pelaksanaan tugas-tugasnya.
(b) Menjalankan tugas Setiausaha semasa ketiadaan beliau. 13

(7)    Ahli Jawatankuasa

(a) Mempengerusikan Jawatankuasa  Kecil yang dibentuk oleh Jawatankuasa Kerja pertubuhan belia.
(b) Mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Kecil yang diketuainya.
(c) Membantu dalam pentadbiran dan pengurusan pertubuhan belia secara keseluruhan.
(d) Memastikan Jawatankuasa Kecil yang dipengerusikannya melaksanakan aktiviti dan fungsinya.

FASAL 16:   MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA 
 
(1)          Jawatankuasa  Kerja  hendaklah  bermesyuarat  sekurangkurangnya sekali di dalam masa tiga (3) bulan.  Notis mesyuarat hendaklah  dikeluarkan  tujuh  (7)  hari  sebelum tarikh mesyuarat.  
(2)          Pengerusi boleh memanggil  Mesyuarat Jawatankuasa Kerja pada bila-bila masa beliau fikirkan perlu. 
(3)          Sekurang-kurangnya  lima  (5)  orang  daripada  Ahli Jawatankuasa  Kerja  hendaklah  hadir  bagi  mengesahkan  perjalanan mesyuarat  dan mencukupkan korum mesyuarat tersebut. 

FASAL 17:  KEWANGAN

(1)    Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam perlembagaan ini, wang pertubuhan belia ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan pertubuhan belia termasuklah perbelanjaan pentadbiran dan pengurusan pertubuhan belia serta perbelanjaan lain yang di persetujui oleh Jawatankuasa Kerja. Walau bagaimanapun wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar penalti mana-mana pemegang jawatan atau ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.

(2)    Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu) pada satu-satu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam akaun pertubuhan belia.

(3)    Semua cek atau kenyataan  pengeluaran wang pertubuhan belia hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi dan Bendahari. Semasa ketiadaan Pengerusi, Timbalan Pengerusi merupakan pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang pertubuhan belia.

(4)    Perbelanjaan yang melebihi  RM 10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu) bagi sesuatu masa perlu diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Kerja dan perbelanjaan yang melebihi RM 100,000.00 (Ringgit Malaysia Seratus Ribu) bagi satu-satu masa perlu mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu.

(5) Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik dengan  seberapa segera setelah tamatnya sesuatu tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang  berikutnya dan salinannya hendaklah dikemukakan untuk makluman semua ahli pertubuhan
belia.

(5)    Tahun kewangan pertubuhan belia ini bermula pada 1hb Januari dan berakhir pada 31 hb Disember tiap-tiap tahun.
 
FASAL 18:    JURUAUDIT 

(1)    Dua  (2)  orang ahli yang bukan menjadi Ahli Jawatankuasa  Kerja boleh dilantik  semasa  Mesyuarat  Agung  Tahunan  sebagai  Juruaudit. Tugas  mereka adalah  membuat  pemeriksaan terhadap  penyata  kewangan  pertubuhan belia  dan  membuat  laporan  dan
pengesahan penyata-penyata yang berkaitan dengan kewangan pertubuhan belia.
 
(2)      Mesyuarat  Agung  Tahunan  boleh  juga  melantik  Firma  Audit  yang bertauliah  bagi  menjalankan  kerja-kerja  auditan  ke atas pertubuhan belia sekiranya perlu. 

FASAL 19:   TAFSIRAN UNDANG-UNDANG 

(1)          Tertakluk kepada peruntukan dalam Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007, Jawatankuasa Kerja boleh memberikan tafsirannya kepada Perlembagaan ini.    Jawatankuasa  Kerja  juga boleh  memutuskan  perkara-perkara  yang  tidak terkandung di 15 dalam Perlembagaan ini sekiranya perlu dengan syarat tidak
bertentangan dengan peruntukan mana-mana undang-undang.
 
FASAL 20:    PERTIKAIAN DALAMAN 

Adalah  menjadi  tugas  Jawatankuasa  Kerja  untuk menyelesaikan apaapa  pertikaian  yang  timbul  di  kalangan  ahli-ahli  mengikut prosedur yang ditetapkan dalam Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.  

FASAL 21:  PENAUNG DAN LEMBAGA PENASIHAT 

(1) Jawatankuasa  Kerja  boleh   melantik  seorang Penaung yang bukan dari kalangan ahli pertubuhan belia sekiranya perlu.
(2) Jawatankuasa Kerja juga boleh melantik Lembaga Penasihat yang bilangannya tidak melebihi tiga (3) orang bukan dari kalangan ahli pertubuhan belia sekiranya perlu. 
(3) Penaung  atau  Lembaga Penasihat  tersebut hendaklah tidak mempunyai  hak  untuk  mengundi atau kuasa membuat keputusan bagi pihak pertubuhan belia.  

FASAL 22: PEMEGANG AMANAH

(1) Tiga (3) orang Pemegang Amanah yang berumur lebih daripada 21 tahun boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh pertubuhan belia. Semua harta tetap kepunyaan pertubuhan belia akan diamanahkan kepada mereka dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust).
(2) Pemegang Amanah tidak boleh menjual, menarik balik atau memindah hakmilik harta kepunyaan pertubuhan belia dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung Tahunan pertubuhan belia.
(3) Seseorang Pemegang Amanah itu boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh Mesyuarat Agung Tahunan oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana sebab lain yang mengakibatkan ia tidak dapat menjalankan tugasnya. Pemegang Amanah yang  baru boleh dilantik bagi 16 menggantikan Pemegang Amanah tersebut melalui Mesyuarat Agung Tahunan.
 
FASAL 23:   PINDAAN PERLEMBAGAAN 

(1) Perlembagaan  ini  tidak  boleh  diubah  atau  dipinda  kecuali  dengan persetujuan ahli-ahli dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Khas. 
(2) Permohonan  untuk  meminda  perlembagaan ini hendaklah  dikemukakan  kepada  Pendaftar Pertubuhan Belia  dalam  masa  enam  puluh  (60)  hari  dari  tarikh  keputusan mesyuarat  yang  memutuskan  perihal  perubahan  atau  pindaan tersebut.   Perubahan atau pindaan kepada perlembagaan ini tidak boleh dikuatkuasakan selagi tidak mendapat kelulusan bertulis Pendaftar Pertubuhan Belia. 

FASAL 24:   LARANGAN 

(1) Segala bentuk perjudian  yang bertentangan dengan Undangundang Malaysia atau permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah atau premis pertubuhan belia : Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau,
Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker’s game, permainan mesin video dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib;

(2) Pertubuhan belia atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti difinisi  di dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959;

(3) Pertubuhan belia ini tidak boleh menjalankan loteri samada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama pertubuhan belia atau pemegang jawatan tanpa kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan dan pihak berkuasa.

FASAL 25:   PEMBUBARAN 
 
(1) Pertubuhan belia ini  boleh  dibubarkan dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri Mesyuarat Agung Khas  yang dipanggil untuk tujuan tersebut. 

(2) Sekiranya pertubuhan belia ini hendak dibubarkan secara yang tersebut di atas, maka segala hutang dan tanggungan pertubuhan belia  yang sah dari segi undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diurus mengikut cara yang dipersetujui oleh Mesyuarat Agung tersebut;

(3) Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan Belia dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran tersebut.
 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan